Friday, 8 August 2014

RPH - Pengajaran Iqra' Tahun 1

 

RPH Tahun 1


Rancangan Pengajaran Harian Tahun 1


Mata Pelajaran :
Pendidikan Islam
Kelas :
1 Terpuji
Tarikh :
17 ogos 2014 / 21 Syawal 1435
Masa :
8.30-9.30 pagi (60 minit)
Bilangan Murid :
24 Orang (lelaki : 10,perempuan :14)
Bidang :
Al-Quran
Standard Kandungan :
1.1  Bacaan
1.1.1 Menyebut dan membaca huruh hijaiyah tunggal berbaris satu diatas ( اَ - شَ )
Standard Pembelajaran :
         1.1.1.1  Menyebut dan membaca huruh hijaiyah tunggal berbaris satu diatas
         1.1.1.2  Membezakan huruf hijaiyah yang hampir sama bunyi
Objektif:
1.    Murid dapat mengenal huruf dengan baik selepas diterangkan oleh guru
2.    Murid dapat menyebut dan membaca huruf hijaiyah dengan betul selepas menggunakan aplikasi ‘Belajar Iqra’ bersama Boboiboy’
3.    Murid dapat membezakan huruf hijaiyah yang hampir sama bunyi dengan jelas setelah melaksanakan aktiviti secara berkumpulan
Pengetahuan sedia ada :

Murid-murid pernah melihat beberapa bentuk huruf hijaiyah
Kemahiran   berfikir :
1.    Mengenalpasti setiap bentuk huruf hijaiyah
2.    Bermain dan berfikir sambil belajar
Gabungjalin :
Akhlak  - Beradab dan bertatatertib semasa melakukan aktiviti
Penyerapan :
Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK)
Penerangan nilai :
Kesungguhan : Murid-murid bersungguh-sungguh melakukan aktiviti
Ketekunan –Murid-murid tekun dan fokus pada bahan pembelajaran
Nilai Tambah (E.M.K) :
1.Teknologi Maklumat
-Penggunaan Video dan Aplikasi
2. Keusahawanan
E.K 14 Daya kreativiti dan Inovasi (Murid dapat berfikir dan menyumbang idea)
E.K 1.14 Boleh Membina Jaringan Sosial (Murid berusaha untuk mencapai kejayaan didalam permainan dan bersaing antara satu sama lain)
E.K 1.9 Berkeupayaan memimpin (Bekerjasama dan mempunyai daya saing untuk menghasilkan kerja secara berkumpulan)
Bantu Bantu :
Blogspot,Aplikasi Belajar Iqra’ bersama Boboiboy,Video,Kad Imbasan


Muqaddimah


Langkah Pengajaran
Muqaddimah
(2 minit)

Isi kandungan
Bacaan doa :

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
"اَلَّلهُمَّ افْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَانْشُر عَلَينَا مِن خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِينَ".
كليمه شهادة:
"اَشْهَدُ أَن لاَ إَلَهَ إِلاَّ اللهَ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدً رَّسُولُ الله

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1.    Seorang murid diminta oleh guru mengetuai bacaan doa
2.    Murid-murid lain diminta mengikut bacaan doa bersama-sama
3.Semua murid melafaz kalimah syahadah bersama-sama

Catatan

-

Fasa Persediaan - Pemerhatian


Langkah Pengajaran
Pemerhatian
(5 minit)

Isi kandungan
Video Nasyid Mengenal Huruf Hijaiyah
1.    Pernahkan murid-murid mendengar nasyid ini?
2.    Apa yang dapat daripada video ini?

Sumber : You Tube

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1.    Guru menayangkan video nasyid yang telahg dimuatkan didalam blog
2.    Guru mengarahkan murid untuk fokus kepada video nasyid yang ditayangkan.
3.    Murid menonton video dan bernasyid bersama-sama guru
4.    Guru dan murid bersoal jawab tentang video
5.    Guru mengaitkan video dengan isi pelajaran
6. Guru menulis tajuk pada papan hitam

Catatan
Kaedah/Teknit :
Nasyid
Sumbang saran

Bahan bantu :
Video Nasyid

Keusahawanan :
E.K 14 Daya kreativiti dan Inovasi


Fasa Persediaan - Analisis


Langkah Pengajaran
Analisis
      (10 minit)

Isi kandungan
Bentuk dan bunyi huruf :


اَبَ تَ ثَ جَ حَ دَ ذَ رَ زَ سَ شَ  

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1.  Guru memaparkan Kad Imbasan Elektronik yang telah dimuatkan didalam blog kepada murid
2.    Murid melihat paparan bentuk huruf
3.    Guru menyebut nama dan bunyi huruf

4.    Murid-murid mengikut sebutan bunyi dengan bimbingan guru secara berulang kali

Catatan
Kaedah/Teknit :
Penerangan

Bahan bantu :
Kad Imbasan


Nilai Tambah :

Teknologi Maklumat


Fasa Imaginasi - Penjanaan Idea


Langkah Pengajaran
Penjanaan Idea
(8 minit)

Isi kandungan
Permainan Interaktif :
Aplikasi “Belajar Iqra’ bersama Boboiboy”





Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1.    Guru memberi penerangan tentang cara-cara menggunakan aplikasi
2.    Murid mengakses blog dan membuka laman yang berkenaan.
3.    Murid membuka laman ‘Sekilas Pandang’ dan melihat bentuk huruf dan membunyikannya.
4.    Murid membuka aplikasi yang telah dimuatkan didalam blog
5.    Guru memberikan kata laluan kepada murid-murid
6.    Murid-murid memulakan permainan dan belajar melalui interaksi tersebut

Catatan
Kaedah/Teknit :
Permainan

Bahan bantu :
Blogspot
Aplikasi Belajar Iqra’ bersama Boboiboy


Nilai Tambah :

Teknologi Maklumat

Keusahawanan :
E.K 1.14 Boleh Membina Jaringan Sosial

Gabungjalin :
Akhlak  - Beradab dan bertatatertib semasa melakukan aktiviti


Fasa Imaginasi - Sintesis Idea


Langkah Pengajaran
Penjanaan Idea
(10 minit)

Isi kandungan
Membezakan huruf yang hampir sama bunyi


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1.    Guru menunjukkan kumpulan huruf yang hampir sama bunyi pada skrin dihadapan kelas
2.    Murid-murid memerhatikan bentuk huruf yang dipaparkan oleh guru
3.    Guru mengajar cara sebutan huruf dan menerangkan perbezaan bunyi-bunyi huruf yang hampir sama
4.    Guru menukarkan kumpulan huruf lain yang hampir sama bunyinya

5.    Guru meminta murid-murid menyebut huruf dengan bimbingan secara berulang

Catatan
Kaedah/Teknit :
Penerangan dan latih tubi

Bahan bantu :
Microsoft Office Powerpoint 2010


Fasa Perkembangan - Penambahbaikkan


Langkah Pengajaran
Penambahbaikkan
(8 minit)

Isi kandungan
Aktiviti Kumpulan :

“Jom Bezakan Bunyi Huruf”


Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1.    Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil
2.    Guru melantik ketua untuk setiap kumpulan
3.    Guru memberikan tugasan untuk setiap kumpulan
4.    Murid-murid melekatkan kad huruf pada papan yang disediakan mengikut kumpulan huruf yang hampir sama bunyi
5. Guru meminta setiap kumpulan menyebut huruf-huruf yang sama bunyi didalam kumpulan dengan bimbingan guru

Catatan
Bahan bantu :
Kepingan huruf

Keusahawanan :
E.K 1.9 Berkeupayaan memimpin

Fasa Perkembangan - Penilaian


Langkah Pengajaran
Penilaian
(7 minit)

Isi kandungan
Menyebut huruf-huruf hijaiyah yang telah dipelajari

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1.    Guru memilih beberapa orang murid untuk menyebut beberapa huruf hijaiyah yang telah dipelajari dihadapan kelas
2.    Guru membetulkan kesalahan murid-murid 
3. Murid yang lemah akan dibimbing oleh guru


Catatan
Kaedah/Teknit:
Tallaqi


Fasa Tindakan - Perlaksanaan

Langkah Pengajaran
Perlaksanaan
(5 minit)

Isi kandungan
Rumusan kognitif

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Guru mengimbas semula huruf-huruf yang telah diajar

Catatan
Bahan bantu :

Kad Imbasan Elektronik

Fasa Tindakan - Amalan berterusan

Langkah Pengajaran
Amalan berterusan
(5 minit)

Isi kandungan
Gabungjalin

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1. Guru memberi versi penuh Aplikasi Belajar Iqra’ bersama Boboiboy
2. Guru meminta murid-murid membuat ulangkaji dengan menggunakan Aplikasi tersebut dirumah.

Catatan
      -



Download Aplikasi - ABM Belajar Iqra' bersama Boboiboy

 

Download Aplikasi

Video Penggunaan - ABM Belajar Iqra' bersama Boboiboy

 

Video Penggunaan Aplikasi


Menayangkan contoh penggunaan dan cara-cara untuk bermain aplikasi ini.