Thursday, 24 July 2014

Celoteh Kasih Kenalan The Modest Ustaz..




Alhamdulillah,Syukur dan Selawat..




Segala Puji bagi Allah yang telah memberikan kekuatan dan rahmat kepada hamba-hambaNya.Berkat usaha dan kesungguhan didalam melaksanakan amanah sebagai Mahasiswa Institut Pendidikan Guru,akhirnya terhasilah blog 'The Modest Ustaz' yang merupakan tugasan Kerja Kursus untuk Subjek EDU 3053 Teknologi dalam Pendidikan.

Abak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat didalam usaha ini terutamanya pensyarah Abak iaitu En.Arbain Muhayat yang banyak memberikan tunjuk ajar dan garis panduan sepanjang semester ini.Seterusnya kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong serta membantu antara satu sama lain.

Diharapkan agar blog ini memberikan manfaat dan faedah yang berterusan kepada semua manusia terutamanya mereka yang dahagakan ilmu pengetahuan.Tidak lupa juga rakan-rakan blogger yang sentiasa menjadi inspirasi kepada diri agar terus berjuang didalam menyebarkan kebaikan keseluruh manusia.